VISI : Untuk menjadi peneraju utama dalam bidang kemahiran yang berdaya maju yang menawarkan teknologi terkini yang dapat memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pelatih dan industri.

MISI : Untuk memberi perkhidmatan berkualiti, pelbagai bidang yang intergrasi dan outstanding value'.

baca selanjutnya ...
 
Five Best Skill Training Centre 726000-U (FBSTC) ialah sebuah institusi kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kod Pusat L00701. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan sebuah institusi milik penuh Bumiputra.

Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang hospitaliti / perhotelan dimana setelah tamat latihan, pelajar akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Program ini menyediakan pendidikan secara teori dan praktikal, fleksibel dan memenuhi keperluan industri. Sijil Kemahiran ini memberi laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi kepada pelajar yang berhasrat dalam bidang kemahiran.
Five Best Skill Training Centre Sijil Kemahiran Malaysia

Penubuhan FBSTC adalah bermotifkan lima perkara : -

BERILMU
BERUSAHA

BERINOVASI

BERAMAL

BERTAQWA

Selaras dengan hasrat kerajaan, tertubuhnya institusi FBSTC akan membantu mengurangkan gejala sosial dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan remaja di Malaysia. FBSTC ini juga akan meningkatkan tenaga mahir dikalangan pekerja tempatan di dalam industri perhotelan.

Kami amat dedikasi dalam memperjuangkan visi kami iaitu untuk menjadi peneraju utama dalam bidang institusi latihan kemahiran dengan menawarkan kursus yang mempunyai potensi pekerjaan yang luas dan mempunyai permintaan yang tinggi di dalam industri.

FBSTC kami amat komited dalam perlaksanaan tugas kami & kecemerlangan dalam perkhidmatan adalah matlamat utama kami.

Kursus Perhotelan, Penyediaan Makanan Kursus Perhotelan, Penyediaan Makanan Kursus Perhotelan, Penyediaan Makanan